Salman Khan ialah seorang pelakon lelaki India yang muncul dalam filem-filem Bollywood. Khan memulakan kerjaya lakonan pada 1988 dengan menjayakan peranan pembantu dalam drama keluarga
Biwi Ho To Aisi, kemudian beliau menjayakan peranan paling berjaya dalam filem romantik
Sooraj Barjatya Maine Pyar Kiya (1989), di mana beliau menerima pencalonan untuk
Pelakon Lelaki Terbaik di
Filmfare.
[1] Sepanjang 1990-an, Khan membintangi sebuah filem drama aksi berjudul
Baaghi: A Rebel for Love (1990), filem aksi
Patthar Ke Phool (1991), dan filem percintaan
Saajan (1991), yang semuanya berjaya dari segi kewangan.
[2][3][4] Namun, keluaran filem-filem Khan yang lain, termasuk
Suryavanshi (1992),
Jaagruti (1992), dan
Dil Tera Aashiq (1993), gagal secara komersial, mengakibatkan kemerosotan singkat terhadap kerjayanya.
[4][5]Pada tahun 1994, Khan berlakon dalam drama keluarga arahan Barjatya
Hum Aapke Hain Koun..!, yang menjadi filem Bollywood berkeuntungan tertinggi pada masa itu; kejayaan filem ini membangunkan kerjayanya di Bollywood.
[6][7] Pada tahun itu juga, beliau muncul bersama
Aamir Khan dalam komedi
Andaz Apna Apna, meskipun menjadi kegagalan pecah panggung, filem ini menerima status kultus di India.
[8] Khan kemudian berlakon bersama
Shah Rukh Khan dalam filem melodrama
Rakesh Roshan Karan Arjun (1995), yang kemudian menjadi filem Hindi terlaris kedua pada tahun itu.
[9] Pada tahun 1998, Khan muncul dalam film
Pyaar Kiya To Darna Kya arahan
Sohail Khan, dan muncul dalam drama romantis
Kuch Kuch Hota Hai, kedua-dua filem ini menjadi filem Bollywood berkeuntungan tertinggi pada 1998.
[10] Beliau menerima
Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kuch Kuch Hota Hai. Pada tahun 1999, beliau membintangi tiga filem yang berjaya secara komersial: filem komedi
Biwi No.1, percintaan
Hum Dil De Chuke Sanam, dan drama keluarga
Hum Saath-Saath Hain.
[11]Pada tahun 2003, Khan mendapat pujian menerusi wataknya sebagai seorang kekasih yang dicemuh dalam filem romantis
Tere Naam, dan menjayakan penampilan singkat dalam drama keluarga
Baghban.
[12][13] Beliau kemudian menjayakan peranan utama dalam filem komedi terlaris
Mujhse Shaadi Karogi (2004),
No Entry (2005) dan
Partner (2007).
[14] Khan membuat penampilan sulung televisyennya dengan menjadi pengacara rancangan permainan
10 Ka Dum (2008–09). Selepas beberapa filemnya yang mencapai kegagalan komersial dari 2006-08, beliau membintangi filem aksi thriler
Wanted (2009), yang menjadi kejayaan pecah panggung.
[4][15][16] Kejayaan komersial Khan yang lebih besar hadir menerusi filem
Dabangg (2010), dan Khan muncul sebagai pengacara rancangan televisyen
Bigg Boss.Pada tahun 2011, Khan menerbitkan filem kanak-kanak bertajuk
Chillar Party di bawah syarikat milik Khan, Being Human Productions, menerima
Anugerah Filem Kebangsaan untuk Filem Kanak-Kanak Terbaik.
[17] Pada tahun itu juga, beliau membintangi dua filem berkeuntungan tertinggi—filem komedi aksi
Ready dan drama aksi
Bodyguard. Khan menjadi pelakon India pertama yang membintangi sembilan filem yang berkeuntungan lebih dari ₹1 bilion di pecah panggung.
[lower-alpha 1] Termasuk peranannya dalam filem
Bajrangi Bhaijaan, di mana Khan menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik kesembilannya.
[20] Sebagai penerbit filem, Khan menerima
Anugerah Filem Kebangsaan untuk Hiburan yang Ditampilkan pada Filem Popular Terbaik. Diikuti dengan
Sultan (2016), sebuah drama sukan tentang kehidupan juara gusti. Khan kembali menjayakan wataknya dalam filem
Ek Tha Tiger dalam kesinambungannya,
Tiger Zinda Hai pada 2017, yang menjadi salah satu filem terlaris pada tahun itu.
[21]